Syirik Tanpa Sedar

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

SYIRIK TANPA SEDAR

Banner-B-S

Antara perkara-perkara yang membawa kesyirikkan tanpa sedar ialah apabila kita sendiri bergantung penuh pada perawat/tok bomoh dalam soal mencari kesembuhan. Perkara ini amatlah tidak boleh dilakukan, ianya HARAM di sisi Islam. Janganlah bergantung harap pada siapa juga perawat/tok bomoh melainkan mengharapkan ikhtiar mereka di redhai ALLAH SWT dan kita sendiri mesti beramal bagi melindungi diri kita sendiri.

Namun begitu, janganlah kita pula tidak mendengar nasihat Perawat Islam yang muktabar yakni Perawat Islam yang melakukan rawatan dengan kaedah Islam itu sendiri dan tidak mencampuradukkan rawatan mereka dengan perkara yang was-was. Perawat Islam yang betul-betul menepati prinsip perubatan yang dibenarkan syariat tidak akan mengkhabarkan perkara-perkara pelik kepada kita jika dia tahu atau pun jika kita yang bertanya. Ini kerana di dalam Islam setiap perawat terikat dengan etika perubatan Islam yang telah digariskan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Oleh itu jika anda dikhabarkan oleh seseorang perawat ada orang buat itu dan ini…ada barang orang letak kat situ sini…dan sebagainya lagi skrip-skrip yang biasa digunakan oleh perawat yang ‘ tak beretika ‘ maka jangan sesekali percaya.

Gunakanlah al-Quran sebagai PENAWAR.Tiada keraguan dan was-was lagi. Dengan menurut kehendak Islam semua masalah dan penyakit yang berkaitan makhluk halus di dalam masyarakat kita akan dapat diatasi. Sebenarnya ayat-ayat amalan para ulama yang diwarisi daripada baginda Rasulullah s.a.w ini telah lama menjadi benteng pertahanan bagi DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA.

Kenali Tukang Sihir Dalam Kalangan Anda

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

KENALI TUKANG SIHIR DALAM KALANGAN ANDA

sihir-perdukunan

Jika anda bertemu dengan seseorang perawat/ tok bomoh, maka jika ada ciri-ciri ini padanya bermakna dia adalah seorang tukang sihir…walaupun di depan namanya ada “Ustaz”/” Tok Guru”/Haji dan sebagainya yang melambangkannya seolah-olah “islamic person”.

  • Dia meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya.
  • Dia menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ketempat yang sunyi.
  • Dia memberi azimat-azimat tertentu.
  • Dia membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami.
  • Dia menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.
  • Dia menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian.
  •  Dia menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak di masuki sinar mentari.
  • Dia menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
  • Dia memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.
  • Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
  •  Dia memberi tahu pesakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan.
  • Dia menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

Sumber: Ustaz Sharhan Shafie

Beralihlah kepada Ruqyah Syar’iyyah…dapatkan SEGERA CD Terapi Ruqyah Syar’iyyah untuk anda  dan seisi keluarga.

Hubungi:
Ustaz Wan Hazim : 014-8098354
Y.M Tengku Khairuddin : 012-9488831

Formula Mencari Halaman Juzuk Al Quran

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

FORMULA MENCARI HALAMAN JUZUK AL- QURAN

formula-halamanquran
Rumusnya seperti berikut: H = [(n-1) x 20] + 2
*H {Halaman Juzuk}
* n {bilangan Juzuk yang sedang dicari (1-30)}
Sebagai contoh, kita ingin membuka Juzuk ke-14!
Caranya : Gantikan “n” dengan bilangan 14 yang merupakan bilangan juzuk yang sedang kita cari.
H = [(n-1) x 20] + 2
H = [(14-1) x 20] + 2
H = [(13) x 20] + 2
H = [260] + 2
H = 262
Jadi Juzuk ke-14 adalah pada halaman 262.
Silalah anda buka halaman 262 di dalam al-Quran masing-masing, dan anda akan menemukan ‘keajaiban’ rumus ini. Anda juga boleh mencuba untuk membuka atau mencari halaman juzuk yang lain.
Subhanallah…ini adalah idea yang sungguh hebat daripada Allah s.w.t kepada manusia.
Marvellous!
P/S: Rumus ini hanya untuk mushaf al-Quran versi madinah (timur tengah).
Sumber: Ambya Abu Fathin

Adab Khatam Al Quran

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

quran

ADAB KHATAM AL-QURAN

Dalam keghairahan kita berusaha mengkhatamkan al-Quran, di sana terdapat adab-adab yang perlu diberi perhatian supaya tatacara pembacaan al-Quran kita menepati kehendak sunnah Nabi s.a.w. Di sini disenaraikan beberapa adab untuk dijadikan panduan kita dalam mengkhatamkan al-Quran:

1) Memilih waktu yang sesuai untuk mengkhatamkan al-Quran.

– Jika pengkhataman al-Quran dilakukan di dalam solat maka waktu yang afdal adalah pada solat Subuh.
– Jika pengkhataman al-Quran dilakukan di luar solat maka waktu yang afdal adalah di awal pagi ataupun di awal malam.

2) Disunatkan berpuasa pada hari mengkhatamkan al-Quran melainkan pada hari yang ditegah berpuasa seperti hari raya, hari tasyriq dan hari syak.

3) Disunatkan mengucapkan takbir bermula surah ad-Duha sehingga surah an-Nas.

– Lafaz takbir adalah seperti berikut: الله أكبر
– Ada setengah ulama menambah takbir beserta tahlil seperti berikut: لا إله إلا الله والله أكبر
– Ada juga ulama menambah takbir beserta tahlil dan tahmid seperti berikut: لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

4) Selepas selesai membaca surah an-Nas disunatkan membaca surah al-Fatihah dan diikuti awal surah al-Baqarah sebanyak lima ayat.

5) Disunatkan berdoa selepas selesai mengkhatamkan pembacaan al-Quran.

Kepentingan Bertalaqqi Al Quran

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

quran2

KEPENTINGAN BERTALAQQI AL-QURAN

> Bacaan seseorang murid akan ditegur secara direct oleh guru jika terdapat kesalahan bacaan berbanding jika belajar daripada cd atau kaset yang hanya dapat didengari bacaannya tanpa dapat menegur bacaan seseorang itu betul atau salah.

> Murid dapat melihat sendiri pergerakan mulut guru apabila menyebut sesuatu bacaan kerana al-Quran mempunyai keunikan tersendiri apabila kita membacanya. Ini amat berbeza jika bacaan al-Quran itu hanya dipelajari daripada buku-buku sahaja atau media elektronik yang mana kita tidak dapat mengenal pasti bagaimana cara bacaan yang sebenar.

> Murid lebih memberi perhatian jika guru berada di hadapannya berbanding jika hanya belajar al-Quran melalui buku-buku dan sebagainya, tumpuan seseorang itu akan terjejas oleh gangguan tertentu.

Apa itu Talaqqi Al Quran

Published January 17, 2013 by akademiilmuwanzaman

quran3

APA ITU TALAQQI AL-QURAN

> Talaqqi adalah perkataan arab yang berasal daripada kalimah laqia ; membawa maksud berjumpa. Yang dimaksudkan berjumpa adalah antara murid dengan guru.

> Kaedahnya adalah dengan cara seorang murid duduk di hadapan gurunya untuk memperdengarkan bacaan al-Quran secara langsung di mana-mana sahaja dengan syarat secara bersemuka tanpa perantaraan alat lain.

> Guru akan menegur si murid jika terdapat kesalahan di dalam bacaannya serta membetulkan kesalahan tadi secara terus.

upahjurutaip

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.